Iltizam Kami Untuk Keselamatan Semua Kanak –Kanak

Menurut kajian daripada Institut Penyelidikan keselamatan Jalan Raya (Miros), cuma 15% pembonceng kanak-kanak memakai topi keledar ke sekolah, meletakkan mereka didalam risiko yang sangat tinggi.

Bagi membantu untuk menjadikan jalan raya di Malaysia tempat lebih selamat, program ini bertujuan untuk membantu dalam memangkin perubahan tingkah laku yang diperlukan untuk menggalakkan budaya keselamatan Jalan raya yang positif di kalangan kanak-kanak pada usia yang masih muda. Oleh itu bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan syarikat-syarikat korporat swasta, kami akan memberikan sebiji topi keledar yang bersesuaian kepada kanak-kanak yang memerlukan sebagai permulaan.

Inilah janji yang akan kami kotakan. #makemalaysiasafe

  • 50,000 Topi Keledar

  • 35000 Topi Keledar Yang Telah Disumbangkan

Majlis Perasmian Program Adiwira Topi Keledar dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Penaung MyPerintis bersama Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik.

Program Adiwira Topi Keledar


MyPerintis – akronim bagi Pertubuhan Perintis Malaysia – adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 30 Jun 2015 bagi menggalakkan pemerkasaan para belia...


Ketahui Lebih Lanjut

“Inisiatif ini bukan sahaja mewujudkan satu platform terbaik untuk mendidik kanak-kanak mengenai keselamatan jalan raya tetapi turut memberikan 50,000 topi keledar kepada kanak-kanak yang memerlukannya.”

- Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik, Ministry of Education Malaysia

Kerjasama Kurnia bersama MyPerintis


MyPerintis memulakan Program Adiwira Topi Keledar bersama penaja rasmi, Kurnia Insurans, bagi melindungi kanak-kanak yang membonceng motosikal daripada bahaya kemalangan jalan raya pada Mac 2019.

Ketahui Lebih Lanjut

Ada kenalan yang boleh turut sama menyumbang?

  • Kongsikan menerusi

Hubungi Kami

Yayasan Perintis Malaysia (PPAB-24/2019)

Block B, B-5-31, Ativo Plaza, No.1 Jalan PJU 9/1 Damansara Avenue, Bandar Sri Damansara PJU 9, 52200 Kuala Lumpur

E-mail: adiwiratopikeledar@myperintis.org

Tel: +603-6263 4689
Tel: +6017-400 1099